Elon Musk (kiri) ketika sidang media memperkenalkan The Boring Company |
Beliau yang juga pemilik syarikat Tesla dan SpaceX dalam twitternya menyatakan bahawa concept store batu-bata pembinaan itu akan mulai beroperasi dalam masa 2 bulan dari sekarang. Untuk pelanggan lain, batu-bata The Boring Company dijual pada harga 10 sen sebiji.
Elon Musk merupakan usahawan yang amat inovatif dalam memperkenalkan idea teknologi baru. The Boring Company ditubuhkannya sebagai sebuah syarikat hobi dengan nama yang agak lucu kerana ia memang beroperasi untuk menggali terowong dalam tanah sebagai laluan alternatif pengangkutan yang baru di Amerika.
Beberapa hari yang lepas, beliau mencetuskan kontroversi kerana dilihat menghisap ganja ketika sedang ditemuramah dalam siaran podcast dalam talian The Joe Rogan Experience. Ganja dibenarkan mengikut undang-undang di beberapa buah negeri di Amerika termasuk California. Kejadian itu mendapat liputan meluas media Amerika kerana beliau dianggap sebagai tokoh teknologi yang penuh dengan kontroversi. Walau bagaimanapun segala perusahaannya amat menarik dan berkaitan dengan tenaga boleh baharu dianggap berimpak tinggi untuk dunia beralih dari hasil minyak dan gas.
First Boring Brick store opening in ~2 months. Only 10 cents a brick! Rated for California seismic loads.— Elon Musk (@elonmusk) September 13, 2018
Bricks will be free if used for affordable housing projects— Elon Musk (@elonmusk) September 13, 2018