Najib Razak dan Barisan Nasional menggali kubur sendiri untuk bermusuh dengan Tun M dan pemimpin veteran UMNO seperti Rafidah Aziz dan Daim Zainudin. Pengaruh Tun sebagai Perdana Menteri yang berpengalaman cukup lama dalam kerajaan cukup kuat di kalangan akar umbi BN, pengundi atas pagar dan paling signifikan ialah pengundi muda.
Apa yang boleh dikatakan lagi tentang skandal rasuah yang melanda Najib Razak. Segala usaha dilakukan oleh beliau untuk menidakkan penglibatannya dalam skandal 1MDB, ketidaktelusan dalam menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dan menganggap bahawa rakyat marhaen tidak akan faham betapa kompleksnya ketirisan 1MDB ini, beliau menempah padah dan rakyat menghukumnya.
Kelemahan GST ini ialah ia pukul rata semua rakyat Malaysia dan yang paling terkesan ialah golongan susah yang kais pagi makan pagi.
Politik self-centric dan politik wang kerajaan BN yang melampau yang beranggapan bahawa segalanya boleh dibeli dengan wang. "Cash is King" sudah lupus.
Apabila isteri Perdana Menteri merungut tentang berhabis dandan rambut sehingga RM1200/sesi, koleksi beg tangan Hermes Birkin dan jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit, cincin berlian bernilai jutaan ringgit, anda boleh bayangkan perasaan rakyat bawahan yang terpaksa ikat perut memikirkan untuk hidup dan kenaikan kos barangan asas.
Apabila stesen TV dan suratkhabar habis dimanipulasi oleh kerajaan memerintah yang mencengkam, dan menghukum mana-mana orang yang mengkritik kerajaan, kerajaan itu adalah kerajaan yang bermasalah. Rakyat akan meluat dan memendam benci yang mendalam.
0 comments:
Catat Ulasan