Barangan rampasan di rumah Najib berjumlah sehingga RM1.1 bilion | MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.

Advertisement

hicore

Barangan rampasan di rumah Najib berjumlah sehingga RM1.1 bilion

Barang rampasan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keseluruhannya dianggarkan oleh PDRM mengikut harga semasa berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.


Jumlah itu meliputi wang tunai, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg berjenama.

Wang tunai berjumlah RM116.7 juta
Barang kemas nilai RM440 juta
Beg berjenama bernilai RM51 juta
Jam tangan RM78 juta
Cermin mata RM374,000
*Seutas rantai emas bernilai RM6.4 juta dikelaskan paling berharga dalam rampasan itu.




Jenama Bijan menjadi sebutan orang ramai selepas beg tangan mewah itu menjadi antara barang yang dirampas di kediaman dikaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Hari ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyebut jenama Bijan merupakan jenama yang paling mahal dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu. "Bagaimana ejaan beg tersebut?" demikian tanya seorang wartawan pada sesi soal jawab selepas sidang akhbar itu.


Amar Singh bagaimanapun mengeja nama beg tangan tersebut sambil tersenyum. "Sebentar... sebentar. Beg ini tidak ada di pasaran, ia 'custom made' dan beg mahal," katanya.

Mengulas mengenai nilai beg tangan yang dirampas dari enam lokasi penggeledahan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu, Amar Singh berkata ia berjumlah sebanyak RM51.3 juta. "Ia melibatkan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama. Antaranya adalah jenama Hermes, Prada, Channel dan Bijan," ujar Amar Singh.

Mengikut enjin carian Google, jenama Bijan merupakan direka oleh Bijan Pakzad seorang kelahiran Iran dan butiknya terdapat di Amerika Syarikat.
Barangan mewah di butiknya dikenali House of Bijan itu mempunyai koleksi minyak wangi paling mahal di dunia, kasut, beg tangan dan jam tangan.

Pelanggan House of Bijan dikatakan adalah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner dan Raja Monaco, Putera Rainer.

Berikut merupakan sidang akhbar penuh tersebut:

0 comments:

Catat Ulasan

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel