Imran Khan dan isterinya, Bushra Bibi |
21 Nov 2018 Kuala Lumpur - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan baru selesai melakukan lawatan rasmi di Malaysia berakhir hari ini. Bekas bintang kriket itu menjadi Perdana Menteri Pakistan ke-22 pada hari Jumaat, 18 Ogos 2018 dan isteri baru pemimpin berusia 66 tahun itu, Bushra Bibi menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan majlis di Rumah Presiden di Islamabad.
Wanita berusia 40 tahun itu terkenal dengan hubungannya dengan Sufism, dan dia pertama kali bertemu dengan Khan sebagai penasihat spiritualnya. Dia pernah berkahwin dengan pegawai kanan kerajaan Khawar Maneka. Dia berkahwin dengan Khan pada bulan Februari 2018, dan beberapa bulan selepas itu, pasangan itu pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Ramai pengguna sosial media di Pakistan memujinya dan mempertahankannya, mengatakan ia adalah pilihannya sementara tak kurang juga yang mempersoalkan pilihannya untuk berniqab di majlis itu. Ibu lima anak itu juga memakai niqab menutup penuh muka dalam gambar perkahwinannya.
Elegance ...Poise and Finesse of Our First Lady Bushra BiBi....!!!— VEENA MALIK (@iVeenaKhan) August 18, 2018
I’m Already A fan...!!!@ImranKhanPTI #NayaPakistan #PrimeMinisterIK pic.twitter.com/zJfIdMzgm2
0 comments:
Catat Ulasan