Tun M pandu sendiri SUV Proton X70 ke perasmian MAHA 2018 | MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.

Advertisement

hicore

Tun M pandu sendiri SUV Proton X70 ke perasmian MAHA 2018



KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tun Dr.Mahathir Mohamad berharap Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 mampu menjadi penggalak kepada penggunaan teknologi-teknologi baharu dalam sektor agro makanan secara meluas.

Perdana Menteri berkata, pengenalan konsep baharu seperti pertanian pintar dengan pengenalan teknologi terkini pertanian dijangka akan meningkatkan pendapatan para petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani.


“Suka atau tidak, 'digitalisation' atau penggunaan peralatan digital serta teknologi-teknologi baharu dan canggih yang akan memastikan kapasiti pengeluaran yang jauh lebih tinggi. Ia tidak akan menunggu sesiapa dan pastinya sektor pertanian tidak terkecuali.

“Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat dari mana-mana sektor tidak ketinggalan atau terpinggir,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pembukaan MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel