MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Cannabis MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Cannabis - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Cannabis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cannabis. Papar semua catatan
Ganja untuk perubatan seperti di atas bakal dibenarkan di Malaysia? Kredit Gambar: Health Canada

Pada 30 Ogos yang lalu, seorang lelaki berusia 29 tahun telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Namun, simpanan ganja oleh lelaki ini sebenarnya adalah untuk rawatan alternatif yang diusahakannya di mana beliau sudah merawat hampir 800 pesakit dengan kaedah ini. Ramai pihak beranggapan ianya satu hukuman yang tidak adil untuk seorang yang menggunakan ganja untuk tujuan yang baik dijatuhkan hukuman mati.

Sehubungan itu, menurut laporan oleh Bloomberg, kerajaan Malaysia sedang berkira-kira untuk membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan dan menjadi negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengatakan kabinet sedang berbincang tentang perkara ini dan mungkin akan menggubal kembali undang-undang tentang penggunaan ganja dalam perubatan.

Namun, Xavier menambah untuk mendapatkan sokongan tentang usul ini akan mengambil masa dan sokongan daripada ahli kabinet yang lain.

“Ianya akan memerlukan sokongan. Pandangan peribadi saya jika ianya ada nilai perubatan, ianya perlu menjadi barangan kawalan dan boleh digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubatan preskripsi,” kata Xavier.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyemak semula undang-undang yang berkaitan ganja dalam perubatan.

Negara Kanada adalah antara negara terawal yang memandang serius tentang perubatan ganja ini dan mencipta industri ganja bernilai RM250 bilion di masa akan datang. Sebuah syarikat farmasi berasas ganja di Kanada, Tilray sekarang sudah bernilai RM50 bilion di pasaran saham.

Cabaran buat negara selepas ini adalah bagi membezakan ganja untuk perubatan dan ganja yang dihisap untuk khayal. Tetapi adakah salah untuk mengambil ganja secara suka-suka? Ini kerana kalau dibanding dengan rokok, ganja jauh lebih baik kerana tidak dicampur dengan pelbagai jenis bahan kimia yang merbahaya, namun oleh kerana rokok memberi pulangan tinggi cukai kepada negara, ia dibenarkan dan tidak diharamkan penjualannya.

Kerajaan Belanda mengkategorikan ganja sebagai dadah tidak berbahaya, dan sejak 1976, ianya boleh diambil secara rekreasi di kedai kopi tempatan. Antara sebab kerajaan mereka berbuat demikian adalah supaya ianya diambil secara berhemah dan tidak keterlaluan dan tiada penyeludupan secara haram yang merugikan hasil negara.

ㅤMungkin negara Kanada dan Belanda boleh menjadi model terbaik untuk perlaksanaan undang-undang penggunaan ganja di Malaysia. Namun, ianya bukan semudah yang disangka dan banyak perkara lain yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum ganja halal untuk digunakan. Anda setuju untuk halalkan ganja di Malaysia? Sila komen di bawah.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel