MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Menteri Hal Ehwal Ekonomi MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Menteri Hal Ehwal Ekonomi - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR: Gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR.

Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulung Azmin, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi dengan kapsyen, ‘Keluarga kami bersatu semula’.

Hishammuddin dan Azmin bergambar dengan tangan mereka berjabat dan dicengkam erat.

Sebuah video juga dimuat naik oleh Ameer di media sosialnya yang menunjukkan dua keluarga itu sedang menikmati hidangan makanan seperti udang kara manakala Azmin dan Hishammuddin sedang berbual mesra, masing-masing mengenakan kaca mata hitam.

Percutian itu berlaku pada waktu perbalahan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR atas pelantikan jawatan pemilihan parti itu.

Hishammuddin juga dikatakan turut terbabit dalam usaha untuk menghentikan Anwar daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.

Keluarga Azmin dan keluarga Hishamuddin bersatu di Maghribi.


Seramai 17 orang menyertai rombongan percutian itu, merangkumi tiga generasi daripada kedua-dua belah keluarga.

Azmin dan Hishammuddin sudah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun sejak menyertai politik.

Namun, apabila keluarga mereka bercuti bersama, ia dilihat sebagai sesuatu yang agak pelik, terutama pada waktu apabila suasana dalam parti yang mereka anggotai agak tegang sekarang.

Justeru, ia menjadi tanda tanya sama ada mereka cuba memberi isyarat mengenai pakatan kerjasama politik pada masa akan datang?

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel