MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - kedah MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: kedah - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Tidak boleh dinafikan bahawa maksiat tertutup seperti berkhalwat di hotel amat berleluasa di Malaysia. Jika diharapkan kepada pihak kerajaan, mereka adalah reaktif dan bertindak atas laporan awam. Tapi apakah cara yang paling berkesan untuk mencegah perkara ini dari terus melarat dan sampai ke tahap menjadi kebiasaan?

Di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an ketika kemuncak perkauman, telah terbit satu kumpulan iaitu Parti Black Panther untuk Pertahanan Sendiri, parti revolusioner kulit hitam Amerika, yang ditubuhkan pada tahun 1966 di Oakland, California, oleh Huey Newton dan Bobby Seale. Tujuan asal parti adalah untuk meronda kejiranan kulit hitam Amerika untuk melindungi penduduk dari tindakan kekejaman polis.

Apa yang boleh dikait tentang dua kumpulan ini ialah niat mereka amat murni iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebaikan di dalam masyarakat yang sedang rosak. Tapi persoalannya adakah ia dibenarkan dalam Islam dan adakah ia sesuai di Malaysia?

Skuad Badar mendakwa kumpulan berkenaan tidak melanggar undang-undang dalam menjalankan kegiatan mencegah kemungkaran dalam kalangan umat Islam.

Pengasasnya, Azhar Mohamad, berkata sejak dua tahun menjalankan kegiatan seperti menahan pasangan berkhalwat, pihaknya tidak pernah dipanggil atau ditahan pihak berkuasa.


“Skuad Badar diwujudkan untuk memelihara anak bangsa yang semakin hari semakin mencabar. Kami bertindak bukan melanggar undang-undang tetapi atas dasar manusia.

“Kalau kami langgar undang-undang sudah tentu ada laporan dibuat dan kami sudah lama ditahan polis. Malah setiap operasi yang dijalankan kami hebahkan di Facebook,” katanya ketika sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, dalam kenyataannya hari ini, mendakwa pertubuhan itu melanggar undang-undang dan mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti mereka dihentikan.

Latheefa mendakwa, ahli Skuad Badar menyamar menjadi pihak berkuasa ketika melakukan pemeriksaan di hotel selain mendakwa mendapat keizinan pihak pengurusan masjid bagi mengganggu kehidupan peribadi individu.

Azhar berkata, beliau sedia berjumpa mana-mana pihak termasuk Latheefa sendiri bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya terkilan dan kecewa…saya lakukan ini demi agama dan bangsa. Tetapi ada kalangan yang beragama Islam mempertikaikan kegiatan mencegah kemungkaran ini.

“Mereka hanya tahu menulis, meluahkan perasaan di media. Mereka sanggup tengok anak bangsa mereka berzina. Kami lakukan untuk menegakkan syiar Islam, demi agama…bukan kerana wang ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata pihaknya sentiasa memantau kegiatan yang dijalankan kumpulan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak atau individu yang didakwa menjadi mangsa kumpulan ini. Jika ada kita akan ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata beliau sudah menetapkan Ahad ini bagi pertemuan bersama ahli Skuad Badar.

“Kehadiran mereka dialu-alukan, malah saya tidak menghalang mereka. Tetapi datanglah pada jam 2.30 petang di pejabat saya kerana saya mempunyai urusan di Sik pada sebelah pagi.

“Bagaimanapun, kumpulan ini enggan memberi kerjasama dan tetap mahu mengadakan himpunan pada jam 9 pagi. Janganlah nanti kerana tidak mahu terima cadangan saya, apabila mereka datang timbul pula isu kononnya EXCO tiada,” katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

* Apa pendapat anda? Adakah kumpulan seperti Skuad Badar ini wajar atau ia termasuk dalam kata-kata Saidina Ali yang mahsyur iaitu "Niat Tak Menghalalkan Cara". Dengarkan penjelasan Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkenaan isu ini:





Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.

Tiada kes baru dikesan sejak 9 Oktober 2018 dan jumlah keseluruhan kes kekal 83 kes termasuk dua (2) kematian; dengan pecahan 34 kes di Perak [termasuk dua (2) kes kematian], 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor. Semua kes yang dirawat di hospital telah didiscaj.

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal yang lengkap diperolehi pada 21 Oktober 2018 (Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang), agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat. Untuk makluman, dengan menggunakan kaedah ujian Pulse Field Gel Electrophoresis (PFGE), didapati bakteria tersebut berpunca dari satu sumber iaitu mi laksa yang dibeli pada 4 Oktober 2018 dari gerai terbabit.

Mi laksa yang dijual pada 4 Oktober tersebut dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut. Faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih, serta suhu penyediaan mi laksa semasa pemprosesan dan suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Pada 21 Oktober 2018 petang, tuan punya gerai menjual mi laksa yang terlibat telah dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling berkaitan hasil siasatan yang dijalankan. Salmonella enterica serovar Weltevreden adalah salah satu dari serotaip bakteria Salmonella spp. Jangkitan oleh bakteria ini boleh menyebabkan gejala seperti demam, muntah, sakit perut dan cirit-birit. Jangkitan lazimnya berlaku akibat pencemaran makanan dan air oleh bakteria ini.


 


Gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018. Tuan punya gerai harus mengambil langkah-langkah pembaikan segera dengan memastikan semua keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi sepenuhnya.

Tuan punya gerai terbabit juga telah dimaklumkan sekiranya semua keperluan ini dipatuhi maka premis ini boleh dibuka semula. Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit serta pendidikan kesihatan tentang pengendalian makanan yang selamat di premis makanan terbabit telah dijalankan oleh KKM.

Selain itu, KKM juga akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di semua premis makanan. Tindakan kompaun dan undang-undang boleh diambil ke atas tuan punya atau pengendali makanan yang tidak akur akan sebarang peruntukan di bawah Peraturan-peraturan tersebut.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel