MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Institut Masa Depan Malaysia MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Institut Masa Depan Malaysia - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Institut Masa Depan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Institut Masa Depan Malaysia. Papar semua catatan

PUTRAJAYA: Satu institut pemikir bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah dibentuk bagi membuat kajian mendalam mengenai hala tuju parti dan masa depan orang Melayu.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata institut dikenali sebagai Institut Masa Depan Malaysia itu menjalankan kajian empirikal dan saintifik pelbagai bidang bagi pembangunan orang Melayu.

Katanya, paling utama institut itu akan menumpukan kepada kajian pembangunan ekonomi orang Melayu.

"Agenda Bumiputera seperti yang sudah dibentangkan dalam Perhimpunan Tahunan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) adalah hasil pertama kajian institut berkenaan.

"Insya-Allah sudah kita semua luluskan dan persetujui bahawa Agenda Bumiputera itu akan di bawa ke Kabinet untuk dijadikan dasar nasional kerana ia membawa kemakmuran bersama," katanya dalam ucapan penangguhan sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi menentukan survival BERSATU dan Pakatan Harapan (PH), parti kini mahu mengukuh bahagian di semua kawasan Parlimen dan menubuhkan lebih banyak cawangan berdasarkan kawasan Pusat Daerah Mengundi.

Katanya, dalam masa yang sama, semua bahagian memastikan tidak timbul perselisihan faham sesama ahli dan parti komponen yang lain.

"Sebaiknya elakkan perselisihan faham dan pelbagai isu lain yang menjejaskan hubungan sesama parti dalam PH.

"Bahagian sama-sama berusaha memperkukuhkan ahli bagi memberi keyakinan lebih ramai akan menyertai kita, malah kehadiran dirasai di seluruh negara dan pengaruhnya dilihat nyata," katanya.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel