MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Gerhana Bulan MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Gerhana Bulan - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Gerhana Bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gerhana Bulan. Papar semua catatan

Di Malaysia, gerhana bulan penuh dapat disaksikan pada 28 Julai 2018 bermula jam 1.14 pagi sebelum berakhir pada jam 7.28 pagi, sekali gus menjadikan ia sebagai fenomena alam paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sejajar atau sebaris. Ketika itu keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi.


KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan planet Marikh dari lebih dekat melalui teleskop yang disediakan di perkarangan pintu masuk Planetarium Negara pada 27 dan 28 Julai ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Mosti), beberapa buah teleskop disediakan khas bagi tujuan itu oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab-Kelab Falak dan Persatuan Stargazer pada kedua-dua hari berkenaan.

Pada 27 Julai bermula pukul 9 hingga 11.30 malam, program pencerapan Planet Marikh akan dijalankan, manakala program pencerapan gerhana bulan penuh pula diadakan pada 28 Julai bermula 1 pagi hingga 7 pagi.

Siaran langsung melalui Facebook juga akan diadakan pada 28 Julai pukul 2 pagi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lintas langsung berkenaan fenomena itu. Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, kenampakan kedua-dua fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca.

Orang ramai digalak hadir ke Planetarium Negara dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my atau laman Facebook Planetarium Negara. - Bernama

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel