MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Satu kenyataan berhubung kekecohan kuil Sri Maha Mariamman akan dibuat di Parlimen esok - PM @chedetofficial MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Satu kenyataan berhubung kekecohan kuil Sri Maha Mariamman akan dibuat di Parlimen esok - PM @chedetofficial - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Satu kenyataan berhubung kekecohan kuil Sri Maha Mariamman akan dibuat di Parlimen esok - PM @chedetofficial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Satu kenyataan berhubung kekecohan kuil Sri Maha Mariamman akan dibuat di Parlimen esok - PM @chedetofficial. Papar semua catatan
Sidang media Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara IJN.





Satu kenyataan berhubung kekecohan kuil Sri Maha Mariamman akan dibuat di Parlimen esok - PM



Keadaan anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Yaakub, berkata keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi beliau mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat di luar terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dan IJN masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.


Apa fungsi mesin ECMO? Baca lanjut di sini

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel