MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Peminat Buta MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Peminat Buta - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Peminat Buta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peminat Buta. Papar semua catatan

Ketika Mohamed Salah menjaringkan gol melawan Napoli minggu lalu di Liga Juara-Juara Eropah, kamera TV berjaya merakam gelagat peminat Liverpool yang menggambarkan gol untuk sepupunya yang cacat penglihatan, visual itu menyentuh hati ramai pihak yang menonton.

Peminat sepanjang hayat Liverpool Mike Kearney telah menghadiri setiap perlawanan di Anfield selama kira-kira lima atau enam tahun sekarang, dan dalam wawancara eksklusif dengan media, dia menjelaskan bagaimana sepupunya sering membantu menceritakan detik-detik utama di Anfield.

"Saya telah pergi ke hampir setiap perlawanan di Anfield selama kira-kira lima atau enam tahun sekarang. Saya turut menghadiri perlawanan tempat lawan ketika saya boleh juga." kata pemuda berusia 26 tahun itu.

"Saya buta sejak saya mendapat Retinitis Pigmentosa, ia adalah keadaan degeneratif. Ia menjadi lebih teruk mengikut usia yang meningkat, syukurlah ia agak stabil sekarang tetapi ia bukan yang terbaik.


"Sepupu saya menjelaskan kepada siapa yang menjaringkan gol, jujurnya ia adalah satu pengalaman biasa bola sepak bagi saya, saya menyertai keseronokan semua penonton dengan menyanyi dan menjerit dan meraikan seperti orang lain, mata saya dapat melihat sedikit permainan secara kabur apabila dekat namun secara kesuluruhannya saya tidak dapat melihat dengan jelas dan sukar untuk mendapat tahu apa yang berlaku.

"Dan saya selalu mendapat maklumat melalui sepupu saya atau rakan di sana."

Lebih seminggu selepas momen istimewa itu menjadi viral, Mohamed Salah menjemput Kearney ke kemudahan latihan Liverpool di Melwood, mennghadiahkan jersi yang ditandatangani dengan mesej: "Kepada Michael, sokongan anda adalah inspirasi saya. - Mo Salah"



Dalam video yang luar biasa yang dikeluarkan oleh akaun Twitter kelab, Mike juga bertemu pengurus Jurgen Klopp dan beberapa bintang pasukan yang lain pada hari dia dan sepupunya tidak akan lupakan.

Berikutan permainan Napoli, Kearneyterus menulis di Twitter untuk menyatakan kegembiraannya dengan komen yang diterima.

"Suka membaca semua komen mengenai video." Mike berkata di Twitter. "Sepupu saya memberitahu saya siapa yang menjaringkan gol, saya dapat melihat sedikit sahaja dan ianya kabur. Tidak tahu pula kamera merakamkannya, terima kasih semua."

Bukankah Mo Salah benar-benar kelas?

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel