MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - SKMM MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: SKMM - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata tiada lagi monopoli Astro dalam penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar kerana pada masa ini terdapat empat lagi syarikat diberi hak yang sama untuk bersaing dalam menyediakan perkhidmatan itu.

Timbalan Menteri berkenaan Eddin Syazlee Shith berkata tempoh hak eksklusif dan keistimewaan yang diberi kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) untuk menyiarkan kandungan kepada orang awam melalui perkhidmatan satelit telah berakhir pada 28 Feb 2017.

Bagaimanapun, katanya, Astro masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran satelit ini atas dasar bukan eksklusif kerana lesen-lesen yang dimiliki Astro di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sah sehingga 1 Feb 2020 bagi Lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian dan Pemberi Perkhidmatan Rangkaian.

Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) pula tamat pada 28 Feb 2022.

Menurut Eddin Syazlee, sehingga 30 Sept lalu, sebanyak 35 syarikat diberi lesen CASP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara, protokol Internet dan penyiaran televisyen ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting'.

"Daripada senarai tersebut, empat syarikat telah dibenarkan memberi perkhidmatan penyiaran televisyen melalui platform satelit selain daripada Astro iaitu Ansa Broadcast Sdn Bhd, Jaringan Mega Sdn Bhd, Smart Digital International (M) Sdn Bhd dan High End Net Sdn Bhd.

"Dengan adanya penawaran pelbagai platform ini, rakyat akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan sama ada melalui penyiaran percuma dan tanpa langganan atau melalui penyiaran berbayar," katanya menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Eddin Syazlee berkata rakyat juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui plaftform ‘Over-the-Top’ seperti aplikasi Tonton, iFlix dan NetFlix. - Bernama

"TM memberi alasan infrastruktur copper Streamyx tidak dapat memberi kelajuan tinggi. Namun, keputusan bisnes TM ini lebih menjurus kepada memaksimumkan untung sebagai sebuah syarikat senaraian awam dimasa yang sama tidak berbelanja besar untuk pembangunan infrastruktur optik fiber di seluruh negara.

Pelanggan Streamyx yang kebanyakannya di luar bandar tidak mempunyai pilihan selain TM kerana landline telefon yang sedia ada. TM yang memonopoli fixed line internet di Malaysia mengambil kesempatan ini walaupun pelanggan merungut kerana mereka sedar pelanggan tiada pilihan lain.

Kebanyakan syarikat telco legasi memang akan bersikap sebegini, contohnya sama seperti telco di seluruh dunia. Mereka ialah monopoli tunggal di negara tersebut dan akan mempunyai pelanggan yang majoriti namun perkhidmatan yang paling teruk.

Mereka menghabiskan duit yang banyak untuk pemasaran bagi menarik pelanggan baru. Namun pelanggan yang melanggan kebanyakannya akan hampa dengan servis yang teruk, gangguan internet yang kerap dan bil yang mahal namun tidak mempunyai pilihan." - Hicore Solutions




KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan dan cadangan penyelesaian berkenaan isu ketidakpuasan hati para pelanggan terhadap caj perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memanggil TM bagi meminta penjelasan berkenaan perkara ini dan satu laporan akan dikemukakan pada minggu depan.

"TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kepada pelanggan mereka. Apakah cadangan untuk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dengan jelas apakah langkah seterusnya?" katanya dalam catatan Twitter, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mendiamkan diri bukanlah satu pilihan terutamanya apabila terdapat ramai pengguna Streamyx di negara ini.

"Walau apa pun, TM harus menghargai pelanggan mereka dan memberikan respons...ramai yang mengadu tapi sehingga sekarang, tiada usaha daripada TM untuk terangkan masalah sebenar kepada pelanggannya dan apakah tindakan yang akan diambil," tambahnya.

Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih mengekalkan harga tidak berpatutan di seluruh negara yang didakwa tidak masuk akal. - Bernama

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan amaran kepada syarikat penyiaran Astro mengenai kandungan promosi produk yang didakwa mempersenda kulit dan raut wajah orang pada program Konsert Gegar Vaganza 5 yang disiarkan melalui saluran Astro Ria, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, MCMC berkata satu siasatan telah dijalankan berhubung aduan orang ramai terhadap perkara itu.

“Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan MCMC pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil.

“Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November,” kata kenyataan itu sambil menambah sebagai tindakan pencegahan pengulangan insiden, Astro juga telah merakamkan terlebih dahulu apa-apa segmen yang melibatkan penaja utama program ini.

“Pihak MCMC memandang serius perkara itu dan telah mengeluarkan amaran kepada Astro untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

“Astro, selaku pemegang lesen Pembekal Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-i) adalah tertakluk kepada pematuhan Syarat Lesen Khas dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata kenyataan itu. - Bernama

1) Semak Nombor Akaun Bank / Telefon Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia.

Laman web - http://ccid.rmp.gov.my/semakmule



2) eAduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem eAduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web - https://eaduan.kpdnkk.gov.my    Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Whatsapp : 016-220 6262    Email : aduanskmm@cmc.gov.my



4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my    Tel : 03-8882 5822



5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web: http://www.nccc.org.my     Tel: 03-7803 6000



6) Sistem Pengurusan Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Satu platform untuk orang ramai membuat aduan online berhubung kes rasuah. Ianya dibangunkan khusus untuk diguna pakai oleh SPRM bagi menapis dan mengelaskan setiap aduan mengikut kumpulan status sebelum dihantar ke sistem CRIS bagi tujuan penyiasatan, risikan atau pendakwaan.

Laman web: http://portaladuan.sprm.gov.my




~ Sila komen di ruangan komen di bawah berkenaan penipuan online yang anda alami.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel