MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Juventus MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Juventus - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Juventus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juventus. Papar semua catatan
Edoardo Agnelli (kanan) di sebelah ayahnya, Gianni Agnelli ketika menyaksikan perlawanan Juventus.

Berikutan kematian CEO Fiat, Sergio Marchionne baru-baru ini telah muncul kembali kisah tentang keluarga pewaris Fiat ialah keluarga Agnelli. Keluarga Agnelli ini sangat berpengaruh di Itali kerana mereka merupakan pengasas dinasti industri Fiat (pemilik Ferrari).

Pemilik Fiat sekarang, John Elkann, nama yang cukup aneh dalam keluarga Agnelli. Ini kerana dia merupakan anak kepada Alain Elkann dan Margherita Agnelli de Pahlen, anak perempuan kepada Gianni Agnelli, pemilik Fiat ketika itu. Datuknya itu melantik John sebagai pewaris takhta Fiat selepas dia meninggal dunia.


Bekas CEO Fiat, mendiang Sergio Marchionne (kiri) dan pewaris Fiat kini, John Elkann (kanan)

Namun, sebelum itu semua berlaku, terdapat satu kejadian misteri yang menyelubungi keluarga Agnelli ini. Gianni Agnelli mempunyai seorang anak lelaki iaitu Edoardo Agnelli yang merupakan pewaris Fiat yang sebenarnya. Edoardo telah meninggal dunia pada tahun 2000 dalam keadaan mencurigakan di bawah sebuah jambatan. Kerajaan dan media Itali telah mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. 

Di Itali, bahkan kucing atau anjing yang mati di tepi jalan harus diautopsi. Namun tidak dengan Edoardo Agnelli. Saat beliau ditemukan mati di kaki sebuah jambatan pada November 2000, dia dikubur begitu saja tanpa autopsi. Media Itali cuba mereka naratif songsang sosok tubuh Edoardo. Mereka menggambarkannya sebagai sosok jutawan yang “bermasalah”, “penyendiri”, dan “gemar pada spiritualisme Timur”.

Bertahun-tahun setelah kematiannya, serangkaian fakta baru telah timbul. Benarkah mafia yang membunuhnya? Ada pihak yang tidak rela dia mewarisi kekayaan berlimpah Fiat, Juventus, Ferrari dan seribu lebih perusahaan keluarganya?

Sebuah buku telah terbit mengulas tentang kisah keislaman Eduardo Agnelli yang juga pemilik Juventus ketika itu. Dikarang oleh Musa Kazhim dan Alfian Hamzah, orang ramai pun turut berkomentar tentang buku tersebut. Buku itu berjudul “Edoardo Agnelli, Konspirasi Pembunuhan Pewaris Fiat, Juventus, dan Ferrari”.

Seorang pembaca buku itu telah menyimpulkan kandungannya:
“Sudah jelas dia dibunuh Zionis…perusahaannya diambil alih oleh anak saudaranya yang punya keturunan Yahudi dari garis ibu.”
Kes ini mengulang kisah meninggalnya Puteri Diana yang dikhabarkan sudah masuk Islam terkait hubungannya dengan Dodi Al Fayed anak lelaki konglomerat Muslim Inggeris yang terkenal, Muhammad Al Fayed.


Eduardo Agnelli (kanan) ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Tehran, Iran.

Berkali-kali Edoardo tertangkap oleh mata-mata yang disiapkan ayahnya untuk mengikuti jejaknya yang mencuba ingin melakukan perjalanan jauh meninggalkan Itali. Ketika berlakunya Revolusi Islam di Iran, yang membuat Edoardo tergerak hatinya untuk segera menuju ke sana. Sebuah tempat yang selalu didambakannya dan pada akhirnya menjadi rumah nombor dua Edoardo setelah Itali.

Entah mengapa Edoardo begitu mencintai Iran. Disaat negara seperti Amerika yang telah menyatakan bahawa Iran adalah sebuah negara yang haus darah, dan saat dimana Iran dikutuk di seluruh pelosok dunia, Eduardo merasakan sebaliknya. Rasa ingin mengetahui apakah revolusi Islam telah menguatkan dirinya untuk segera berhadapan langsung dengan apa yang berlaku di Iran.

Eduardo beberapa kali kelihatan melakukan solat Jumaat bersama di beberapa masjid terkenal di Iran. Dan keramahan yang dirasakan Edoardo disaat orang ramai menciumnya seperti keluarganya membuat dirinya semakin kuat berada di tempat yang entah berantah tidak pernah dikenal sebelumnya.

Selama di Iran, Edoardo banyak mempelajari hal baru. Edoardo lebih sering membaca buku kitab suci Al-Quran dan belajar sejarah mengenai Nabi Muhammad, sesuatu yang lebih dia gemari dari menghabiskan waktu bersama para pemain Juventus, ataupun bersiar-siar di jalanan dengan kereta-kereta mewah miliknya. Edoardo adalah seorang hartawan yang telah menemukan erti pentingnya sebuah kebesaran agama Islam. Edoardo telah menemukan apa yang di inginkannya. Dia pernah mengungkapkan kepada beberapa teman dekatnya bahwa hidupnya telah dilahirkan baru. Dan dirinya sungguh merasakan kebahagiaan yang tak mungkin diraihnya selama dia masih berada di genggaman keluarga Agnelli. Edoardo diyakini telah menjadi seorang Muslim sejati.

Sebuah akhir yang begitu sempurna yang dirasakan Edoardo, tapi tidak dengan keluarga Agnelli. Keluarganya yang akhirnya tahu bahawa Edoardo sungguh serius telah menjauhi keluarga Agnelli demi sebuah ajaran Islam, marah besar. Bagi Gianni Agnelli ini adalah sebuah hal yang sulit diterima. Keluarga yang begitu elit di seluruh itali, sebuah keluarga yang taat akan ajaran tradisi agama Katolik, dan salah satu penyumbang dana terbesar ke Vatikan, dan pilihan Edoardo untuk pindah ajaran agama adalah sebuah penyelewengan yang tidak mungkin dimaafkan.

Sebuah harga yang sungguh mahal harus dibayar oleh seorang Edoardo dan membayarnya dengan sebuah nyawa. Kesedihan dan kehancuran yang telah dirasakannya sejak kecil yang dibangun oleh kerajaan Agnelli telah dibawa pergi oleh sebuah kematian. Kematian yang berujung sebuah kontroversi. Sebuah cerita yang berakhir dengan penuh tanda tanya besar sehingga ke hari ini.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel