MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - hindraf MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: hindraf - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label hindraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hindraf. Papar semua catatan

Bangi, 19 Nov 2018 Isnin – Hampir 130,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen, menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator Dewan Negara.

Setakat jam 11 malam ini, petisyen bertajuk ‘Menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator’ itu sudah mengumpul 127,613 tandatangan.

Petisyen itu dilancarkan sejak 22 jam lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggunakan platform Change.Org
 

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Aiman Haziq menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy kerana menteri itu telah memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah mengenai pencabulan hak asasi terhadap kaum minoriti.

Waytha Moorthy mendakwa, rakyat Malaysia yang beragama Hindu kononnya telah didiskriminasi kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam serta rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

“Selain itu, Moorthy berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Bumiputera.

“Waytha juga gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial,” kata petisyen itu.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video kenyataan Waytha Moorthy yang memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara.

Video berdurasi 2 minit 39 saat itu menunjukkan Waytha Moorthy membuat kenyataan menerusi wawancara dengan sebuah rancangan televisyen luar negara yang menuduh Malaysia yang dikuasai Melayu Islam menindas penganut Hindu dan masyarakat India.


Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel