MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Lembah Klang MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Lembah Klang - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Lembah Klang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lembah Klang. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan pencakar langit di ibu negara mungkin dihentikan menjelang 2021 kerana pembangunaan berkepadatan tinggi akan menjejaskan imej dan kehidupan di Kuala Lumpur, kata Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Katanya, perbincangan akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan sebelum Pelan Kuala Lumpur 2040 digazetkan.
“Sekarang kita ada Pelan Bandaraya 2020 yang akan tamat pada 31 Disember 2020. Jadi, dalam 2 tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama semua 11 ahli Parlimen, orang ramai dan ‘stakeholders’ akan berbincang bagaimana selesaikan masalah di Kuala Lumpur, terutamanya dari segi infrastruktur seperti jalan raya, banjir kilat dan pembangunan berlebihan.
“Saya secara peribadi tidak mahu lagi ‘the tallest building in the world, the largest, the biggest’. Kita mahu lebih dalam kualiti hidup lebih baik, pendidikan, keselamatan. Kalau orang jalan tepi jalan pun rasa selamat,” katanya selepas meninjau masalah trafik di sekitar Kampung Kerinchi bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, hari ini.
Katanya, kerajaan akan mengawal pembangunan berkepadatan tinggi dengan mengehadkan pembinaan bangunan pencakar langit di zon tertentu, sejajar Pelan Kuala Lumpur 2040 yang akan memfokuskan masalah pembangunan berlebihan.
“Semua itu kita akan bincang melalui ‘engagement’. Bagi pandangan saya, kita kena buat zon, kalau orang ank buat sampai 100 tingkat, hanya zon tertentu sahaja.”
Beliau percaya masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dengan adanya kawalan ke atas pembinaan bangunan pencakar langit dan perkhidmatan bas percuma Go-KL yang akan diperluaskan ke seluruh ibu kota menjelang Februari nanti.
“Kita tidak mahu lagi orang cakap tak mahu datang Kuala Lumpur kerana trafik sesak. Dalam keadaan begini, kita mahu orang lebih mudah bila datang Kuala Lumpur."

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel