MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - ecrl.com.my MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: ecrl.com.my - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label ecrl.com.my. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ecrl.com.my. Papar semua catatan
Domain ECRL untuk dijual. Sila hubungi 013-7019886.

Perjanjian asal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dibuat ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) perlu disemak dan diteliti semula untuk mengelak kemungkinan wujudnya kontrak berat sebelah yang merugikan kerajaan.
EXCO Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Mohd Aizuddin Ariffin, berkata pihaknya percaya melalui semakan semula perjanjian ECRL, kos pembinaan projek itu yang pada mulanya berjumlah RM81 bilion seperti diluluskan Kabinet pada Oktober 2016, mampu dikurangkan asalkan ia dilaksanakan melalui tender terbuka.
“Saya memahami keperluan Kerajaan Persekutuan meneruskan lantikan kontrak asal bersama CCCC atas dasar prinsip dan hubungan dua hala Malaysia-China termasuk terikat dengan perjanjian kontrak.
“Namun pada masa sama, pakej utama lain dalam projek ini boleh dilaksana secara tender terbuka kerana ia secara langsung memberi ruang kepada kontraktor tempatan menjadi sebahagian tenaga kerja dalam projek ini.
“Malah saya optimis bahawa kos pembinaan akan jauh lebih murah melalui kaedah tender terbuka daripada sistem rundingan terus, selain ia juga boleh dilaksana secara berfasa berikutan masalah semasa kewangan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa projek ECRL membabitkan jajaran sepanjang lebih 600 kilometer (km) yang digantung Julai lalu, boleh diteruskan pada skala lebih kecil sekiranya China bersetuju.
Mohd Aizuddin yang juga Ketua AMK Alor Setar berkata, kerajaan harus mendedahkan jumlah pembayaran yang terpaksa dibuat kepada CCCC selepas pengumuman pembatalan projek ECRL dibuat.
“Pelaksanaan semula projek ECRL di bawah Pakatan Harapan (PH) perlu juga membabitkan tenaga kerja tempatan untuk memenuhi segenap lapisan jawatan terutamanya peringkat profesional dan pekerja mahir.
“Selain itu, kontraktor dan pembekal tempatan yang berkelayakan perlu diberi keutamaan dalam melaksana sub pakej kerja selain memastikan program latihan komprehensif dan pemindahan teknologi dilakukan,” katanya.
Mohd Aizuddin berkata, pihaknya juga berharap mana-mana projek berskala besar yang ingin dilaksanakan selepas ini mestilah dibawa ke Parlimen dahulu untuk kelulusan.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel