MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - rusuhan kuil MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: rusuhan kuil - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label rusuhan kuil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rusuhan kuil. Papar semua catatan



PETALING JAYA: Seorang ahli politik hindu haluan kanan dari India membuat kenyataan provokasi mengejutkan tentang "kekejaman" hari Isnin di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, mengatakan kuil itu telah "diratakan" manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh secara kejam.

"Dalam percubaan oleh penyerang untuk mengelar leher wanita dan kanak-kanak, leher dan tengkuk mereka dicacatkan," kata Arjun Sampath, yang mengetuai
hindu makkal katchi, sebuah parti pelampau hindu, dalam satu surat kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Tamil Nadu dua hari yang lalu.

"Pihak berkuasa telah membiarkan situasi ini. Tanpa mengambil tindakan terhadap penyerang, mereka membenarkan kejadian itu. Semua ini disiarkan menerusi media sosial yang menggoncang jutaan orang Tamil Hindu di seluruh dunia," katanya.

Menggesa kerajaan Malaysia untuk "menghukum" mereka di sebalik rusuhan kuil, Arjun juga menggesa Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk mengutuk "tindak balas lambat" Putrajaya mengenai isu itu.

Beliau juga membuat rujukan kepada Dr Zakir Naik, pendakwah India yang kini tinggal di Malaysia, dan berkata Malaysia telah "diIslamisasikan" dan mengancam "komuniti selain daripada umat Islam".

Arjun juga mendakwa bahawa belia yang mempertahankan kuil itu berhadapan dengan penyerang yang "menghancurkan kepala".

Awal Isnin, kumpulan yang diupah untuk menjaga kuil Seafield, di serang oleh penganut hindu yang enggan memindahkan struktur berusia 40 tahun itu berdasarkan keputusan penghakiman pada tahun 2014.

Ini diikuti oleh protes yang ganas sehari kemudian, dimana seorang ahli bomba diserang dengan tidak perikemanusiaan menyebabkan dia tenat di IJN sekarang dan beberapa kenderaan dibakar. Keadaan anggota bomba itu telah bertambah baik namun masih kritikal, sementara polis mengatakan situasi berhampiran kuil itu kembali normal.

Kuil itu sepatutnya dipindahkan pada 22 Nov sebagai sebahagian daripada penyelesaian menang-menang yang melibatkan pemaju One City, kerajaan negeri Selangor dan dua pihak pengurusan kuil, K Chellapa dan M Nagaraju.

Nagaraju kemudian membuat u-turn, dan mengumpulkan beberapa aktivis Hindu untuk membantah pelan penempatan.

Sementara itu, FMT telah menghubungi S Ramaji, yang berada di belakang kempen Save Seafield Maha Mariamman Temple, serta Wisma Putra.- FMT

Waytha Moorthy salahkan polis

SHAH ALAM - Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mempertikai tindakan polis dalam insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya sekali lagi mengundang sangsi ramai tentang kredibiliti beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan Moorthy yang memegang portfolio Menteri Perpaduan mengeluarkan kenyataan seperti itu adalah tidak wajar untuk beliau terus menjadi anggota Kabinet.

“Beliau nyata sekali gagal memahami prinsip tanggungjawab bersama Kabinet yang merupakan asas tugas seorang Menteri. Jika prinsip cabinet collective responsibility pun mereka gagal untuk hadam, bagaimana untuk menjadi seorang menteri?

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) wajar untuk membuat penilaian semula terhadap menteri seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fadhil berkata, sudah pasti di dalam menjalankan tugas, polis juga tidak terlepas daripada terdedah dengan kelemahan.

“Saya sendiri tidak berhasrat menyatakan bahawa polis telah sempurna dan tidak boleh diberikan teguran. Kami di pihak pembangkang seringkali merasa tidak puas hati dengan layanan pihak polis di dalam sesetengah kes.

“Selaku pembangkang sebelum PRU14 dan juga pembangkang selepas PRU14, sudah pasti banyak perkara yang boleh disebut berhubung rasa tidak puas hati terhadap pihak polis.

“Tetapi menyebutnya secara terbuka di dalam sidang media oleh menteri-menteri Kabinet sendiri adalah sesuatu perkara yang tidak sesuai,” katanya.

Ahmad Fadhil berkata, bukankah kerajaan pusat sudah ditadbir oleh PH begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor.

“Di celah mana lagi ruang pentadbiran yang tidak boleh digunakan oleh menteri untuk menegur apa yang mereka sifatkan sebagai ‘kepincangan’ oleh pihak polis ini?

“Bukankah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pihak polis juga diketuai oleh Menteri dari PH? Apa susahnya untuk menyatakan teguran ini mengikut saluran Kabinet daripada menyatakannya secara terbuka hanya untuk mencetuskan polemik dengan warga PDRM?

“Atau sebenarnya para menteri, timbalan dan ahli-ahli Parlimen PH (termasuk Ahli Parlimen Jelutong) yang turut bersama di dalam sidang media itu berhasrat untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya golongan yang terbabit mempertahankan kuil tersebut bahawa ‘mereka sudah buat kerja’?,” katanya.





Anggota bomba nazak dibelasah


KUALA LUMPUR - Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, di sini awal pagi tadi.

Jentera dinaiki juga turut rosak dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

Memetik laporan Utusan Online, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

“Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

“Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, susulan serangan tersebut pasukan bomba tidak dapat memadamkan kenderaan dan anggota di lokasi kejadian diselamatkan beberapa orang awam ketika kejadian berlaku.

“Anggota yang cedera kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC),” katanya.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel