MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - green energy in malaysia MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: green energy in malaysia - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label green energy in malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label green energy in malaysia. Papar semua catatan
Penggunaan sepenuhnya tenaga boleh baharu oleh Tesla. Kenderaan elektrik + battery storage + home solar panel.

Tesla Supercharger - stesen untuk caj kenderaan elektrik buatan Tesla yang dijana oleh tenaga solar terdapat di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.

Kuala Lumpur - Negara-negara maju di seluruh dunia sekarang semakin rancak menuju kepada penggunaan maksimum tenaga boleh baharu. Ini kerana kesan kepada pemanasan global yang teruk dan kekangan kepada sumber asli yang terhad. Di masa yang sama peningkatan pencemaran udara akibat pembebasan gas beracun dari kenderaan, industri dan pelbagai lagi. Berikut merupakan antara sebab kenapa Malaysia agak ketinggalan dalam pelaksanaan teknologi hijau.

Kos pemasangan solar panel yang tinggi

Mengikut statistik dari SEDA, kos pemasangan panel solar untuk menghasilkan 4 kW (kilowat) elektrik sehari di rumah peserta adalah sebanyak RM50,000. Jika secara purata pengguna di Malaysia menggunakan 3kW sehari bermakna secara purata bil elektrik mereka ialah antara RM150 - RM300 sebulan. Untuk ROI memakan masa sekurangnya 13 tahun.

 
Kos tinggi untuk pembinaan solar farm

Mengikut perangkaan SEDA, solar PV generation di Malaysia berkurang secara drastik pada Q2 20018 berbanding 2017 akibat ekonomi yang lemah. Sebagai contoh, development of a large-scale 49MW solar photovoltaic plant in Kuala Kangsar, Perak, memakan belanja RM270mil.





Harga kenderaan elektrik import (highway capable) yang mahal

Kerajaan sepatutnya lebih proaktif dengan memberi lebih insentif untuk rakyat beralih kepada kenderaan tenaga hijau. Infrastruktur untuk caj kenderaan elektrik patut diperbanyak di seluruh negara. Namun tiada polisi untuk syarikat kenderaan nasional, Proton atau Perodua menghasilkan kenderaan elektrik tempatan pada kadar yang lebih cepat dan murah. Dengan harga petroleum yang semakin melambung, tiada sebab untuk tidak bergerak kearah itu.



Monopoli TNB dan syarikat IPP


Pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Editor: Pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

Editor: Berikut adalah lima IPP yang wujud sejak perjanjian PPA 1993:
YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

“Pemain-pemain ini memperolehi perjanjian yang paling menarik dan berat sebelah. Perjanjian monopoli ini harus disemak semula dan diubah."

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel