MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - tesla MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: tesla - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label tesla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tesla. Papar semua catatan
Elon Musk (kiri) ketika sidang media memperkenalkan The Boring Company

Usahawan terkenal dunia, Elon Musk telah menawarkan batu-bata percuma yang dikeluarkan oleh syarikatnya, The Boring Company untuk digunakan dalam pembinaan rumah mampu milik di Amerika.

Beliau yang juga pemilik syarikat Tesla dan SpaceX dalam twitternya menyatakan bahawa concept store batu-bata pembinaan itu akan mulai beroperasi dalam masa 2 bulan dari sekarang. Untuk pelanggan lain, batu-bata The Boring Company dijual pada harga 10 sen sebiji.



Elon Musk merupakan usahawan yang amat inovatif dalam memperkenalkan idea teknologi baru. The Boring Company ditubuhkannya sebagai sebuah syarikat hobi dengan nama yang agak lucu kerana ia memang beroperasi untuk menggali terowong dalam tanah sebagai laluan alternatif pengangkutan yang baru di Amerika.

Beberapa hari yang lepas, beliau mencetuskan kontroversi kerana dilihat menghisap ganja ketika sedang ditemuramah dalam siaran podcast dalam talian The Joe Rogan Experience. Ganja dibenarkan mengikut undang-undang di beberapa buah negeri di Amerika termasuk California. Kejadian itu mendapat liputan meluas media Amerika kerana beliau dianggap sebagai tokoh teknologi yang penuh dengan kontroversi. Walau bagaimanapun segala perusahaannya amat menarik dan berkaitan dengan tenaga boleh baharu dianggap berimpak tinggi untuk dunia beralih dari hasil minyak dan gas.




Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel