MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Tun M MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Tun M - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Tun M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun M. Papar semua catatan

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini Khamis ini.
Sultan Johor berkenan untuk menerima Mahathir mengadap dan ini merupakan yang pertama kali sejak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut sumber, pertemuan itu antara Sultan Johor akan turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
"Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim akan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di istana pada Khamis ini," ujar sumber berkenaan ketika dihubungi.
Namun agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir apabila ditanya mengenai bancian dikemukakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa penarafan kerajaan merudum selepas enam bulan pertukaran tampuk pemerintahan.


Perdana Menteri dengan nada sinis berkata: “Rafizi memang tahu apa akan jadi pada masa depan, jangkaannya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun sangat tepat.”

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin juga pernah menempelak segala macam bancian yang diadakan sebelum PRU 14 dan menyifatkan ia sebagai mencari populariti dan tidak tepat.




Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA), di ibu negara, sebentar tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sinonim imej pengulas sarat dengan fakta, Rafizi pada Rabu lalu dilaporkan berkata, penelitian semula tumpuan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wajar dilaksana secara tuntas kerana nadi sentimen masyarakat sejak mutakhir ini menyaksikan perubahan mendadak terhadap kerajaan baharu.

Bersandarkan jutaan maklum balas menerusi ruangan komen dalam talian di pelbagai portal berita, katanya, Malaysia ternyata berdepan kadar perpecahan yang amat tinggi, malah setiap komuniti seakan hidup dalam dunia sendiri kerana mereka kurang berhubung.

“Menerusi kaji selidik, penarafan kerajaan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei lalu menjunam secara mendadak.

Ketika ditanya penarafan terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu, 72 peratus rakyat Malaysia memperakui pencapaiannya.

“Ia didahului oleh masyarakat Cina yang memberikan penarafan tertinggi iaitu 87 peratus, disusuli India sebanyak 84 peratus, malah responden dalam kalangan Melayu merekodkan kadar 66 peratus walaupun prestasi PH pada PRU-14 untuk meraih sokongan mereka menyaksikan keputusan hambar.

“Bersandarkan kaji selidik sama yang dikendalikan dua minggu lalu, penarafan terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia menyusut kepada 53 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 20 peratus daripada semua kaum.

“Melayu umpamanya menyaksikan penyusutan penarafan daripada 66 peratus kepada 45 peratus, Cina (87 peratus kepada 65 peratus) dan India (84 peratus kepada 64 peratus).“Di sesetengah negeri, Menteri Besar baharu yang ejaan namanya salah menerusi maklum balas kaji selidik memperoleh penarafan lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama menjelaskan kerajaan dalam usaha menyemak semula kerangka kurikulum sekolah di seluruh negara supaya lebih dinamik.

Beliau memetik contoh bahawa pembelajaran agama Islam harus menyuntik elemen nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, sekali gus memastikan pembentukan sahsiah murid secara lebih menyeluruh.

“Jadual kurikulum di sekolah akan diubah, tapi masih perlu belajar agama, cuma bukan empat sesi dalam sehari kerana kita tidak mahu murid hanya pandai baca doa.

“Sebaliknya berikan ilmu yang berguna kepada mereka apabila menamatkan persekolahan, berbanding hanya menjadi individu sekadar pandai buat ‘drama’,” katanya.

Ahli Parlimen UMNO sertai PH satu perkembangan berbahaya - Ramkarpal

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dianggap satu perkembangan berbahaya selain menentang sepenuhnya kehendak rakyat yang menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, berkata tindakan menerima pemimpin UMNO menyertai Pakatan Harapan (PH) juga adalah pengkhianatan kepada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dan bukan sekadar sentuhan kosmetik, di mana pemimpin lama menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu.

“Saya tertanya-tanya, jika PH kalah pada pilihan raya akan datang, adakan Ahli Parlimen kita akan melakukan tindakan sama dan dengan mudahnya melompat ke sebelah sana?

“Isu di sini bukan sejauh mana Ahli Parlimen UMNO layak menjadi sebahagian daripada PH dengan menyertai salah satu parti komponen tetapi bagaimana tindakan itu boleh menggugat komitmen PH ini dalam usaha untuk melakukan perubahan dan pembaharuan.

“Ahli Parlimen UMNO itu adalah sebahagian daripada sistem yang PH komited untuk lakukan perubahan sebelum ini dan bagi menzahirkan hasrat terbabit, pertamanya PH tidak boleh menerima mereka kerana jelas bertentangan dengan apa yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ramkarpal lagi, alasan yang diberikan oleh pemimpin terbabit untuk meninggal UMNO, kononnya disebabkan parti itu sudah tiada hala tuju juga sesuatu yang mencuit hati kerana lapan bulan sebelum ini, UMNO adalah satu-satunya arah tujuan hidup mereka.

Katanya, lebih banyak PH menerima pemimpin yang melompat parti itu, lebih ramai rakyat yang akan kecewa dengan PH.

Ini kerana perubahan bukan bermaksud hanya mendakwa bekas pemimpin utama dan timbalannya atas kesalahan yang dilakukan tetapi apa yang lebih penting ialah pembongkaran dasar dan pembasmian rasuah yang berleluasa di bawah pemerintahan UMNO selama beberapa dekad.

“PH tidak memerlukan pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO ini. Ia hanya perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berprinsip untuk meneruskan agenda pembaharuan.

“Diharapkan Perdana Menteri mengambil kira ketidakpuasan hati rakyat dalam menerima bekas pemimpin UMNO kerana ia mungkin menjadi pengkhianatan terbesar untuk mereka (rakyat),” katanya.
Pelancaran Proton X70
Harga kereta nasional, Proton yang amat dinanti-nantikan iaitu Proton X70, akhirnya diumumkan dan bermula pada harga RM100,000.

Kereta utiliti sukan pertama Proton dengan sistem pacuan dua roda (Standard 2WD) berharga RM99,800; RM109,800 (Eksekutif 2WD); RM115,800 (Eksekutif AWD - pacuan semua roda); dan RM123,800 (Premium 2WD).

1.8 TGDi Standard 2WD: RM99,800
1.8 TGDi Executive 2WD: RM109,800
1.8 TGDi Executive AWD: RM115,800
1.8 TGDi Premium 2WD: RM123,800
 
Semua harga atas jalan, tanpa insurans.

Harga kenderaan tersebut adalah sama di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Sebagai perbandingan Geely Boyue dijual pada harga RM68,500 di China. 
 
Proton X70 ialah Geely Boyue rebadged. Foto: Geely Boyue
 
 Spesifikasi Enjin:
 
Proton X70 menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 185PS 1.8 Turbocharged 
 
Harga Proton X70 diumumkan pada majlis pelancaran model terbaharu itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Ia merupakan kenderaan SUV yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah automotif Malaysia, dengan lebih 10,000 tempahan diterima pada akhir Oktober 2018.

Model ini merupakan kerjasama pertama antara Proton dan pembuat kereta China, Geely.
 
* Tiada apa yang nak dibanggakan dengan model kereta rebadged ini. Sampai bila Proton hanya akan keluarkan produk rebadged. Memang nak keluarkan model kereta sendiri 100% menelan belanja yang tinggi, namun purposed Proton ini diwujudkan ialah sebagai katalis dan vehicle engineering & manufacturing tempatan. Sudah tiba masa untuk keluarkan body, casis, enjin keluaran 100% tempatan dengan rekaan tempatan.  
 
Sebab itu niat Tun Mahathir untuk wujudkan projek kereta nasional yang baharu patut dipuji kerana
starting from blank paper ialah cara terbaik untuk develop kereta nasional masa depan yang berfokus kepada tenaga boleh baharu dan autonomous driving supaya boleh bersaing dengan syarikat kereta antarabangsa.
 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbangnya terhadap segelintir masyarakat masa kini yang dilihatnya tidak lagi segan atau malu dengan pemberian dan penerimaan rasuah.

Katanya, perbuatan 'memperasuahan' kerap dilakukan dalam masyarakat sehingga menjadi sebahagian dari budaya mereka terutama dikalangan orang Melayu.

"Mereka yang mengamal rasuah akan menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ia adalah sesuatu amalan yang salah di sisi undang-undang dan agama juga.
"Tetapi apabila masyarakat terima amalan rasuah sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima," kata beliau dalam catatan terbaharu di blognya www.chedet.com, pada Rabu malam.

Menurut Dr Mahathir, di zaman pemerintahan yang percaya cash is king atau 'wang adalah raja', pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu dari nilai hidup mereka.

"Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan.


"Percanggahan dengan undang-undang, bahkan berdosa dari segi agama tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan nafsu," katanya.

Jelasnya, golongan itu sedar bahawa perbuatan menyogok dan menerima rasuah itu tidak baik dan dilarang, namun disebabkan nafsu dan wang, mereka menerima sahaja tanpa memikirkan kesan buruknya terhadap masyarakat.

"Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah," tambahnya. - Awani

28 NOV: KUALA LUMPUR - Kompleks Seri Perdana yang terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dibuka kepada orang ramai untuk lawatan.

Bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet akan dibuka untuk lawatan berkenaan. Menurut laman web rasmi kompleks berkenaan waktu lawatan dibuka pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan ditutup pada 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

Waktu lawatan akan mula beroperasi seperti biasa pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang. Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Tempoh melawat adalah selama 1 jam 30 minit secara datang terus (walk in) dan lawatan berpandu namun lawatan berpandu hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis.


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tun Dr.Mahathir Mohamad berharap Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 mampu menjadi penggalak kepada penggunaan teknologi-teknologi baharu dalam sektor agro makanan secara meluas.

Perdana Menteri berkata, pengenalan konsep baharu seperti pertanian pintar dengan pengenalan teknologi terkini pertanian dijangka akan meningkatkan pendapatan para petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani.


“Suka atau tidak, 'digitalisation' atau penggunaan peralatan digital serta teknologi-teknologi baharu dan canggih yang akan memastikan kapasiti pengeluaran yang jauh lebih tinggi. Ia tidak akan menunggu sesiapa dan pastinya sektor pertanian tidak terkecuali.

“Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat dari mana-mana sektor tidak ketinggalan atau terpinggir,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pembukaan MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Program Bicara Minda Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf. Program yang berlangsung di Dewan Karangkraf itu dikendalikan Moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama ialah Tun Dr Siti Hasmah dan kira-kira 1,000 hadirin.



Dato Sri Shukri Abdull, Ketua Pesuruhajaya SPRM ketika ditemuramah media di Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.



"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih ‘deterrent' (bersifat pencegahan),” katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad malam.

Jelasnya buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda).

"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.

Tegas beliau, jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.

"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.

Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan. - Bernama



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan. 

Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai "Tembok Besar China Kuantan". 

Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing. 

"Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini. 

"Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. 

Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China. 

Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk. "Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan. 

"Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk. "Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. 

"Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara," kata Dr Mahathir. MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.



Sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi, berkompromi serta menunjukkan belas kasihan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
Perdana Menteri berkata, mereka yang berbuat demikian akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
“Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin kerajaan telah diberi amaran dari saya bahawa kalau terlibat rasuah (akan dikenakan tindakan).
“Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan ditembak mati... Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati (ketawa) tetapi kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan,” katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Sesi bertemakan ‘Langkah Ke Hadapan: Kebangkitan Kepimpinan Tulen’ itu dihadiri kira-kira 3,500 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) seluruh negara.
Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.


Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel