MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - unifi MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: unifi - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label unifi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unifi. Papar semua catatan

"TM memberi alasan infrastruktur copper Streamyx tidak dapat memberi kelajuan tinggi. Namun, keputusan bisnes TM ini lebih menjurus kepada memaksimumkan untung sebagai sebuah syarikat senaraian awam dimasa yang sama tidak berbelanja besar untuk pembangunan infrastruktur optik fiber di seluruh negara.

Pelanggan Streamyx yang kebanyakannya di luar bandar tidak mempunyai pilihan selain TM kerana landline telefon yang sedia ada. TM yang memonopoli fixed line internet di Malaysia mengambil kesempatan ini walaupun pelanggan merungut kerana mereka sedar pelanggan tiada pilihan lain.

Kebanyakan syarikat telco legasi memang akan bersikap sebegini, contohnya sama seperti telco di seluruh dunia. Mereka ialah monopoli tunggal di negara tersebut dan akan mempunyai pelanggan yang majoriti namun perkhidmatan yang paling teruk.

Mereka menghabiskan duit yang banyak untuk pemasaran bagi menarik pelanggan baru. Namun pelanggan yang melanggan kebanyakannya akan hampa dengan servis yang teruk, gangguan internet yang kerap dan bil yang mahal namun tidak mempunyai pilihan." - Hicore Solutions




KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan dan cadangan penyelesaian berkenaan isu ketidakpuasan hati para pelanggan terhadap caj perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memanggil TM bagi meminta penjelasan berkenaan perkara ini dan satu laporan akan dikemukakan pada minggu depan.

"TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kepada pelanggan mereka. Apakah cadangan untuk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dengan jelas apakah langkah seterusnya?" katanya dalam catatan Twitter, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mendiamkan diri bukanlah satu pilihan terutamanya apabila terdapat ramai pengguna Streamyx di negara ini.

"Walau apa pun, TM harus menghargai pelanggan mereka dan memberikan respons...ramai yang mengadu tapi sehingga sekarang, tiada usaha daripada TM untuk terangkan masalah sebenar kepada pelanggannya dan apakah tindakan yang akan diambil," tambahnya.

Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih mengekalkan harga tidak berpatutan di seluruh negara yang didakwa tidak masuk akal. - Bernama

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel