MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - sumareh MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: sumareh - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label sumareh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sumareh. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR: Pemain sayap naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh percaya penonton akan memberi motivasi kepada skuad bola sepak negara untuk meraih kemenangan apabila Malaysia menghadapi juara bertahan Piala AFF Suzuki, Thailand di separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Peruntukan 80,000 tiket oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan itu dilaporkan telah habis dijual.

"Saya berasa agak yakin dan teruja bahawa ramai orang akan turun dan ia sememangnya merupakan satu rangsangan tambahan untuk saya dan semua pemain untuk memberikan yang terbaik kepada lawan kami," katanya pada sidang akhbar sebelum perlawanan, hari ini.

Pada catatan lain, pemain Pahang tersebut tidak peduli tentang kemarau golnya dalam kejohanan dwitahunan itu, tetapi bersedia untuk mempamer prestasi cemerlang dihadapan penonton.

"Saya mahu membantu pasukan untuk menang, itu lebih penting dan jika saya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan esok, ia akan menjadi bonus untuk saya," tambah Sumareh.

Bek kiri Thailand, Korrakot Wiriyaudomsiri, mengatakan skuad Gajah Perang bersedia memberikan yang terbaik dalam perlawanan esok.

"Kami sangat fit, bersedia untuk perlawanan esok dan diharapkan ia akan menjadi hari yang bertuah bagi kami untuk mencatat kemenangan," kata pemain Buriram United itu.

Perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Rajamangala di Bangkok pada 5 Dis. - Bernama

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel