MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - agong MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: agong - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label agong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agong. Papar semua catatan

SULTAN MUHAMMAD V LETAK JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

“Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Jan, 2019 bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

--TERKINI--

Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakkan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.



Pada pendapat anda, kenapa Agong letak jawatan?

Ingin berehat
Tidak sependapat dengan kerajaan Pakatan Harapan
Tekanan dari golongan tertentu
Keputusan Majlis Raja-Raja
Lain-lain
Created with PollMaker

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, semalam.

Menurut laporan www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Voevodina mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.


Tetamu yang hadir dijamu pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video majlis tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, memetik laporan NST, sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel