MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Dr M MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Dr M - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Dr M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr M. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir apabila ditanya mengenai bancian dikemukakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa penarafan kerajaan merudum selepas enam bulan pertukaran tampuk pemerintahan.


Perdana Menteri dengan nada sinis berkata: “Rafizi memang tahu apa akan jadi pada masa depan, jangkaannya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun sangat tepat.”

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin juga pernah menempelak segala macam bancian yang diadakan sebelum PRU 14 dan menyifatkan ia sebagai mencari populariti dan tidak tepat.




Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA), di ibu negara, sebentar tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sinonim imej pengulas sarat dengan fakta, Rafizi pada Rabu lalu dilaporkan berkata, penelitian semula tumpuan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) wajar dilaksana secara tuntas kerana nadi sentimen masyarakat sejak mutakhir ini menyaksikan perubahan mendadak terhadap kerajaan baharu.

Bersandarkan jutaan maklum balas menerusi ruangan komen dalam talian di pelbagai portal berita, katanya, Malaysia ternyata berdepan kadar perpecahan yang amat tinggi, malah setiap komuniti seakan hidup dalam dunia sendiri kerana mereka kurang berhubung.

“Menerusi kaji selidik, penarafan kerajaan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei lalu menjunam secara mendadak.

Ketika ditanya penarafan terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu, 72 peratus rakyat Malaysia memperakui pencapaiannya.

“Ia didahului oleh masyarakat Cina yang memberikan penarafan tertinggi iaitu 87 peratus, disusuli India sebanyak 84 peratus, malah responden dalam kalangan Melayu merekodkan kadar 66 peratus walaupun prestasi PH pada PRU-14 untuk meraih sokongan mereka menyaksikan keputusan hambar.

“Bersandarkan kaji selidik sama yang dikendalikan dua minggu lalu, penarafan terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia menyusut kepada 53 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 20 peratus daripada semua kaum.

“Melayu umpamanya menyaksikan penyusutan penarafan daripada 66 peratus kepada 45 peratus, Cina (87 peratus kepada 65 peratus) dan India (84 peratus kepada 64 peratus).“Di sesetengah negeri, Menteri Besar baharu yang ejaan namanya salah menerusi maklum balas kaji selidik memperoleh penarafan lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama menjelaskan kerajaan dalam usaha menyemak semula kerangka kurikulum sekolah di seluruh negara supaya lebih dinamik.

Beliau memetik contoh bahawa pembelajaran agama Islam harus menyuntik elemen nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, sekali gus memastikan pembentukan sahsiah murid secara lebih menyeluruh.

“Jadual kurikulum di sekolah akan diubah, tapi masih perlu belajar agama, cuma bukan empat sesi dalam sehari kerana kita tidak mahu murid hanya pandai baca doa.

“Sebaliknya berikan ilmu yang berguna kepada mereka apabila menamatkan persekolahan, berbanding hanya menjadi individu sekadar pandai buat ‘drama’,” katanya.

Program Bicara Minda Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf. Program yang berlangsung di Dewan Karangkraf itu dikendalikan Moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama ialah Tun Dr Siti Hasmah dan kira-kira 1,000 hadirin.




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan. 

Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai "Tembok Besar China Kuantan". 

Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing. 

"Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini. 

"Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. 

Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China. 

Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk. "Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan. 

"Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk. "Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. 

"Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara," kata Dr Mahathir. MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.


Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel