MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - cimb clicks MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: cimb clicks - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label cimb clicks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cimb clicks. Papar semua catatan

UPDATE: CIMB beri jaminan transaksi atas talian mereka selamat


KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad memberi jaminan bahawa portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, masih selamat dan semua urus niaga pelanggan dilindungi.


Menerusi satu kenyataan media, CIMB memaklumkan telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi menerusi CIMBClicks.
 

"Selain daripada memastikan sistem kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan aksara kepada 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada sistem CIMBClicks," kata kenyataan itu.

Hujung minggu lalu, media sosial kecoh dengan aduan daripada pelanggan yang mendakwa kehilangan wang selepas akaun CIMBClicks mereka diceroboh.

Mereka juga mendakwa berjaya log masuk ke akaun, biarpun menggunakan kata laluan yang tidak disahkan.

 

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel