MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - All Post

Advertisement

hicore

Bekas Perdana Menteri menzahirkan rasa sangsi terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membina projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana, kerajaan mendakwa projek berkenaan akan menyebabkan negara tergadai atau terpaksa memajak tanah kepada China seperti yang berlaku di Sri Lanka.

Menurut beliau, kos ECRL sebenar adalah sebanyak RM55 bilion tetapi kerajaan PH mendakwa kos projek mega infrarakyat berkenaan mencecah sehingga RM81 bilion.

“Jika mereka dengan mudah boleh ‘merompak’ sebanyak RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion ECRL sudah tentu boleh dibayar sekali gus.

“Tidak kira dana-dana yang lain, rizab wang tunai Petronas juga telah mencecah sehingga RM170 bilion sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” kata menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek ECRL yang digantung pada Julai tahun lalu boleh diteruskan pada skala lebih kecil sekiranya mendapat persetujuan daripada China.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan propaganda dimainkan PH yang mendakwa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyebabkan Malaysia menjadi Sri Lanka.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau hairan kenapa ramai orang mempercayai propaganda sebegitu, sedangkan kerajaan PH sendiri sanggup kehilangan hasil negara. 

Katanya, ia boleh dilihat apabila PH kehilangan hasil RM40 bilion dari langkah memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan memberi pelepasan ga bulan tanpa cukai pada tahun lalu dan hilang sekurang-kurangnya RM25 bilion seap tahun akibat menggankan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Amat susah bagi saya untuk percaya mengapa ramai rakyat Malaysia boleh diperdaya dan percaya propaganda PH bahawa Malaysia akan menjadi Sri Lanka kerana projek ECRL. "Itu Sri Lanka, ini Malaysia," katanya menerusi perkongsiannya di laman sosial Facebook miliknya hari ini. 

Dalam pada itu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan mempersoalkan asas digunakan kerajaan hari ini hingga projek ECRL itu dikatakan boleh menyebabkan Malaysia tergadai atau terpaksa memajak tanah kepada China seper dilakukan Sri Lanka. 

Katanya, kos ECRL ialah RM55 bilion tetapi PH dakwa harga sebenar ECRL kini ialah RM81 bilion. "Jika mereka dengan senang-senang boleh jarah RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion ECRL sudah tentu boleh dibayar sekali gus. 

"Tidak kira dana-dana yang lain, rizab wang tunai Petronas pun sudah mencecah RM170 bilion sebelum PRU14. Tentu kos ECRL dengan mudah dapat dibayar sepenuhnya dalam masa ga atau empat tahun sahaja hanya dari perbezaan hasil GST dengan SST?," katanya. 

Selain itu, beliau berkata, kerajaan mempunyai banyak lagi rizab dan dana beratus bilion seper di Khazanah Nasional dan Bank Negara Malaysia (BNM). Keka pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mencadangkan kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion digantung dan kini kosnya dirunding semula. 

Sebelum ini, Guang Eng berkata, kos asas pembinaan landasan kereta api sepanjang 688.3 kilometer itu berjumlah RM80.92 bilion selepas mengambil kira kos pengambilalihan tanah, faedah, yuran dan kos operasi.


Tikus, ulat sampah, telah dilaporkan dikesan di sekitar kawasan KLIA dan dipost di media sosial. Adakah perkara ini benar? Bagaimana pula sebuah airport antarabangsa boleh dikatakan membiarkan perkara seperti ini berlaku? Atau sengaja digembar-gemburkan untuk mencalarkan imej KLIA dan MAHB yang sudah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

Untuk informasi, MAHB menyediakan platform untuk sesiapa melaporkan rungutan atau komplain terus melalui website mereka: https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-integrity/reporting-concern-form

Kecewa dengan dengan sikap segelintir orang awam yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata di sekitar ibu negara selepas bersuka-ria menyambut tahun baru #2019 malam tadi.

Anda rasa apa yang patut dilakukan terhadap mereka atau cara tangani masalah ini daripada berlaku?

#denda #penguatkuasaan #kempen #malaysiabaru


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik luar biasa.

Felo Institut Kajian Polisi Luar Negara di Institut Pengajian Islam Aal al-Bayt, Jordan, Profesor S Abdallah Schleifer, berkata selain berpengalaman selama 70 tahun dalam tadbir urus kerajaan, Dr Mahathir turut menerbitkan 17 buku yang menceritakan latar belakang serta kemelut ekonomi negara, malah menyenaraikan rancangannya untuk mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, ketokohan beliau dalam menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun disifatkan sebagai tempoh terpanjang, mengatasi mana-mana pemimpin negara dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebanyak lima kali berturut-turut berjaya membawa Malaysia ke arah pemodenan serta pertumbuhan ekonomi yang pesat.

“Gelaran ‘Harimau Asia’ yang diberi kepada Malaysia ketika era pemerintahannya daripada 1981 hingga 2003 menyaksikan negara mengalami ledakan ekonomi sehingga digeruni negara jiran.

“Asas pertumbuhan ekonomi negara diperkukuhkan beliau pada 1969 ketika rusuhan berlaku disebabkan perselisihan antara orang Melayu dan masyarakat Cina yang dilihat lebih mendominasi sektor perniagaan ketika itu.

“Masyarakat Cina membentuk kira-kira sepertiga daripada jumlah penduduk, tetapi pada tahun 1960-an mereka mendominasi sebahagian besar sektor komersil, manakala kira-kira 56 peratus orang Melayu kebanyakannya adalah petani dan hanya menunjukkan sedikit minat terhadap bidang perniagaan.

“Pada akhir tahun 1960-an, beberapa ratus saja perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang dijalankan dimiliki oleh orang Melayu dan daripada jumlah profesional berdaftar pada 1970, hanya 4.9 peratus terdiri daripada orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Dr Mahathir memainkan peranan utama dalam memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan perkembangan ekonomi antara kaum.

Katanya, banyak sekolah menengah yang dibina di kawasan luar bandar, selain biasiswa diberikan kepada orang Melayu untuk mengikuti pengajian di sekolah di kawasan bandar dan kuota ditetapkan bagi kemasukan ke universiti untuk memastikan lebih ramai golongan Bumiputera dapat menerima pendidikan.

“Sejumlah besar kontrak dan lesen kerajaan diberikan kepada orang Melayu untuk menggalakkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang dimonopoli oleh orang Cina dan apabila dasar terbabit tamat pada Disember 1990, hasilnya amat memberangsangkan.

“Kurangnya kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan mereka melangkah ke era urbanisasi dan merentasi ekonomi arus perdana di samping menikmati kekayaan negara dalam jumlah yang lebih besar,” katanya.

Abdallah bagaimanapun berkata, ledakan ekonomi Asia berlaku apabila tekanan daripada pedagang mata wang menyebabkan kerajaan Thailand terpaksa menukar mata wang Baht kepada dolar Amerika Syarikat.

Katanya, langkah itu mengakibatkan nilai mata wang Baht jatuh pada 2 Julai dan Dr Mahathir menyifatkan ‘teologi perdagangan mata wang’ yang berlaku mampu melemahkan ekonomi negara jiran.

“Pakar ekonomi dan peniaga mata wang global menegaskan, nilai mata wang Baht yang menurun akan menjadikan Thailand lebih berdaya saing dan akan menghakis perdagangan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, remaja Palestin, Ahed Tamimi, 17, pula diumumkan sebagai wanita Islam paling berpengaruh menerusi gelaran ‘Muslim Woman of the Year’ kerana keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.

KUALA LUMPUR: Gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR.

Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulung Azmin, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi dengan kapsyen, ‘Keluarga kami bersatu semula’.

Hishammuddin dan Azmin bergambar dengan tangan mereka berjabat dan dicengkam erat.

Sebuah video juga dimuat naik oleh Ameer di media sosialnya yang menunjukkan dua keluarga itu sedang menikmati hidangan makanan seperti udang kara manakala Azmin dan Hishammuddin sedang berbual mesra, masing-masing mengenakan kaca mata hitam.

Percutian itu berlaku pada waktu perbalahan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR atas pelantikan jawatan pemilihan parti itu.

Hishammuddin juga dikatakan turut terbabit dalam usaha untuk menghentikan Anwar daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.

Keluarga Azmin dan keluarga Hishamuddin bersatu di Maghribi.


Seramai 17 orang menyertai rombongan percutian itu, merangkumi tiga generasi daripada kedua-dua belah keluarga.

Azmin dan Hishammuddin sudah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun sejak menyertai politik.

Namun, apabila keluarga mereka bercuti bersama, ia dilihat sebagai sesuatu yang agak pelik, terutama pada waktu apabila suasana dalam parti yang mereka anggotai agak tegang sekarang.

Justeru, ia menjadi tanda tanya sama ada mereka cuba memberi isyarat mengenai pakatan kerjasama politik pada masa akan datang?

PUTRAJAYA: Satu institut pemikir bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah dibentuk bagi membuat kajian mendalam mengenai hala tuju parti dan masa depan orang Melayu.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata institut dikenali sebagai Institut Masa Depan Malaysia itu menjalankan kajian empirikal dan saintifik pelbagai bidang bagi pembangunan orang Melayu.

Katanya, paling utama institut itu akan menumpukan kepada kajian pembangunan ekonomi orang Melayu.

"Agenda Bumiputera seperti yang sudah dibentangkan dalam Perhimpunan Tahunan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) adalah hasil pertama kajian institut berkenaan.

"Insya-Allah sudah kita semua luluskan dan persetujui bahawa Agenda Bumiputera itu akan di bawa ke Kabinet untuk dijadikan dasar nasional kerana ia membawa kemakmuran bersama," katanya dalam ucapan penangguhan sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi menentukan survival BERSATU dan Pakatan Harapan (PH), parti kini mahu mengukuh bahagian di semua kawasan Parlimen dan menubuhkan lebih banyak cawangan berdasarkan kawasan Pusat Daerah Mengundi.

Katanya, dalam masa yang sama, semua bahagian memastikan tidak timbul perselisihan faham sesama ahli dan parti komponen yang lain.

"Sebaiknya elakkan perselisihan faham dan pelbagai isu lain yang menjejaskan hubungan sesama parti dalam PH.

"Bahagian sama-sama berusaha memperkukuhkan ahli bagi memberi keyakinan lebih ramai akan menyertai kita, malah kehadiran dirasai di seluruh negara dan pengaruhnya dilihat nyata," katanya.

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel